Tuesday, November 24, 2009

MUNCUL KEMBALI (526)

Orang parti politik pelik

BAGI saya orang parti politik pelik. Sepatutnya mereka biarkan lawan gali lubang, timbus diri sendiri tetapi umpama mahu menembak buruan, sebelum membidik senapang lagi sudah pun diteriak, kalau burung misalnya, akan dilaung disuruh terbang lari kalau tidak mahu mampus kena tembak.

Saya kata begitu kerana ekoran dari banyak isu-isu yang boleh menyebabkan Umno/BN akan kehilangan sokongan, pihak pembangkang akan warwarkan sebab musabab itu yang mungkin Umno/BN tidak perasan. Bila ada isu dalam Pas atau parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) yang boleh menyebabkan parti itu akan hilang keyakinan di kalangan pendukung dan penyokong, Umno/BN akan warwarkannya sebab musabah yang barangkali tidak disedari dan tidak diduga oleh Pas akan membawa padah kepadanya.

Bila ada tindakan umpama berteriak menyuruh burung yang bakal ditembak lari kalau tidak mahu mampus ditembak begitu atau diberitahu tahu bahawa di dean akan lubang yang bakal menimbus, maka segala punca yang menyebabkan lawan lemah dan boleh menyebabkannya akan kehilangan sokongan, maka mahu tidak mahu lawan akan segera membetulkan kesilapan atau menampung segala kelompangan.

Kalau segala kesilapan dibetulkan, kelemahan dibaiki dan kelompangan dikambus, pastilah lawanyang sudah dalam keadaan lemah akan kembali jadi kuat. Jadi sampai bila pun lawan tidak mungkin dapat dikalah dan dilumpuhkan kerana segala kelemahan,kesilapan dan kelompangan pasti diatasi, apatah lagi kalau segala kelemahan dimaklumkan oleh lawan.

Ambil contoh laporan berikut;

Nik Aziz Disaran Nilai Kedudukan

KOTA BAHARU, 24 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menilai kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan berikutan kegagalannya menangani isu pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Dali Hussin, berkata sudah sampai masanya Nik Aziz melihat sama ada beliau masih layak memimpin kerana sudah ada anggota Pas yang tidak menghormatinya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri Kijang di sini hari ini, beliau berkata kegagalan Nik Aziz menyelesaikan isu pelantikan menantunya Abdul Arifffahmi Abdul Rahman telah mendorong kepimpinan tertinggi Pas menasihatkan beliau supaya mengarahkan menantunya itu melepaskan jawatan berkenaan.

Dali berkata Umno khuatir jika isu itu berpanjangan ia boleh merugikan rakyat Kelantan.-- BERNAMA.

Sepatutnya yang membuat kenyataan/permintaan seumpaa itu adalah orang Pas, bukannya orang Umno. Kalau Dato' Nik Aziz kekal dengan sikapnya,misalnya tidak melayan desakan supaya mengarahkan menantunya letak jawatan, maka akan berlaku pertelagahan yang kronik dalam Pas.

Bila Pas sesama Pas bertelagah, maka parti itu akan lemah dan berpecah belah. Dengan itu ia pasti akan memberi advantage kepada Umno/BN untuk tawan semula Kelantan. Bila Umno/BN membuat permitaan supaya Pas membetulkan kesilapan dan membaiki keadaan dari yang boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan kepada keadaan yang boleh menambahkn jumah sokongan, sampai bila pun Umno/BN tidak akan dapat tawan Kelantan.

Misalnya apabila Ddato' Nik Aziz arahkan menantunya Ir Abdul Ariffahami Abdul Rahman yang meletak jawatan sebagai ketua pegawai Eksekuitif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (PMBK), maka kemelut akan selesai dan pendukung dan penyokong Pas akan kembali bersatu kerana punca kemelut sudah terkeluar dari senarai. Bila Pas kembali berpadu, maknanya Umno/BN tidak berpeluang untuk tawan Kelantan.

Sepanjang pemerhatian saya, Pas kalah di Kelantan selepas kira-kira 18 tahun memerintah dan Umno/BN kalah di Kelantan selepas kira-kira 12 tahun memerintah Kelantan bukan kerana lawan kuat tetapi kerana parti yang menjadi kerajaan lemah apabila berlaku perpecahan dan wujud masalah dalaman yang kronik.

Demikian juga dengan kes Tun Abdullah Ahmad Badawi yang kononnya dibawah pengaruh menantunya yang boleh meyumbang kepada kekalahan Umno/BN ketika beliau menjadi PM dan Preside Umno, kenapa pula Pas/PR menwarwarkan yang negatifnya.

Bukankah kalau Tun Abdullah terus berada di kerusi PM dan Presiden Umno, pembangkang berpeluang untuk menukar tampuk pemerintahan kerana orang Umno brpecah kerana isu itu dan majoriti rakyat selaku pengundi tidak akan berpihak kepada Umno/BN.

Melihat kepada bencana yang bakal menimpa Umno jika beliau terus kekal pada kerusi PM dan Presiden Umno, Tun Abdullah telah bertindak bersara lebi awal dari sepatutnya dari jawatan PM dan presiden UMno, tempatnya diganti dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ekoran dari itu Umno kembali pulih dan mantap, segala kelemahan dan punca yang menyebabkan Umno lemah, diatasi oleh Najib.

Dalam keadaan Umno seperti sekarang, mana mungkin Pas/PR boleh gugat Umno/BN yang bukan sahaja dalam proses membetulkan kesilapan dan mengatasi kelemahan, tetapi parti itu juga cukup jentera dan peralatan untuk mematahkan serangan lawan di samping ianya lebih berengalaman sebagai kerajaan.

Ekoran dari kebersaraan Tun Abdullah, maka segala kelompangan, kelemahan dan kesilapan Umno dan kerajaan pada era Tun Abdullah telah diatasi dan dibaiki dan adalah sangat mustahil untuk Pas/PR leburkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

MUNCUL KEMBALI (525)

Sempena raya korban, pernahkah ditanya apa pengorbanan kita?

JUMAAT ini umat Islam sedunia akan meyambut hari raya korban kali 1,430 kali kalau dikira berdasarkan kelendar Hijrah manakala jika dikira ketika Islam mula disebarkan oleh Rasulullah s.a.w., tahun ini adalah merupakan raya korban yang ke 1,443 kali.

Bagaimanapun upacara korban itu mula dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. beribu-ribu tahun sebelum Nabi Muhammad s.a.w. selaku nabi dan rasul akhir zaman yang juga merupakan penghulu bagi sekalian anbia', dizahikan lagi.

Nabi Ibrahim a.s. yang sukar mendapatkan anak setelah dikurniakan anak lelaki melalui perkahwinan keduanya telah dipertintahkan oleh Allah supaya anak lelaki baginda disembelih (dikorbankan).

Perintah itu lebih kepada mahu menguji Nabi Ibrahim a.s. kerana pada umumnya tidak ada bapa yang tidak sayangkan anak kecuali bapa yang berhati syaitan dan iblis yang sanggup jadi haruan makan anak dengan merogol anak perempuan sendiri yang kerap berlaku akhir-akhir ini, mebuktikan bahawa usia dunia sedang berada di penghujungnya.

Setelah meminta pandangan dari isteri, malah dari anak lelaki baginda yang diperintah agar disembelih itu sendiri yang mana anak lelaki baginda mahukan baginda akur dengan perintah Allah, maka Nabi Ibrahim telah melakukan upacara berkenaan. Bagaimanapun anak baginda tidak terkorban apabila Allah menggantinya dengan seekor kibas.

Anak baginda itu juga adalah seorang nabi dan rasul, yakni Nabi Ismail a.s. yang mana hasil dari 'tunjaan' kaki baginda ketika masih bayi dan ditinggalkan di satu kawasan terpencil di tengah padang pasir bersama ibu baginda bernama Maisaah atas titah perintah Allah terhadap bapa baginda, maka wujudnya telaga zamzam yang masih kekal hingga sekarang, malah tempat baginda ditinggalkan itu telah menjadit tumpuan manusia dri setiap pelosok dunia hingga sekarang, yakni Kota Mekkah.

Maknanya Allah yang kena disayangi dan ditaati melebihi segala-galanya akan sentiasa menguji hamba-Nya termasuk menuntut pengorbanan terhadap apa yang paling disayangi, yang paling bernilai dan berharga.

Kerana itu bila melakukan upcara korban, haiwan yang hendak dikorbankan kena dipilih binatang yang paling gemuk, paling comel, paling disayangi atau pun yang harganya paling mahal kerana nilai dan falsafaj di sebalik tuntutank amalan korban itu terlalu tinggi nilainya.

Malah, falsafah di sebalik tntutan berkorban itu perlu dan patut direnungi, malah kalau kita sebagai anak patut ditanya apa pengorbanan kita kepada kedua ibubapa, sebagai ibubapa apa pengorbanan kita terhadap anak-anak, sebagai anggota masyarakat, apa pengorbanan kita kepada masyarakat kita.

Juga sebagai pekerja sama ada di sektor awam atau swasta, apakah pengorbanan kita kepada majikan, sebagai orang politik apa pengorbanan kita kepada parti, sebagai wakil rakyat apa pengorbanan kita kepada rakyat yang memberikan kita undi, sebagai rakyat kepada sebuah negara, apa pengorbanan kita kepada negara, sebagai penganut agama Islam umpamanya, apa pengorbanan kita kepada agama yang kita anuti.

Barangkali kerana kita tidak cuba untuk memahami falsafah di sebalik tuntutan berkorban, maka kita sentiasa menuntut supaya kita sentasa menerima pengorbanan orang lain yang memberi faedah kepada kita.

Kerananya maka kita akan sentiasa menjadi manusia yang tidak pernah berpuashati dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada, malah kita tidak rasa bersalah pun bila melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan masalah kepada orang di sekeliling kita.

MUNCUL KEMBALI (524)

Kemelut meLanda Nik Aziz: pendukung dan penyokong belum boleh tidur lena


KEMELUT yang melanda dan menyebabkan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan secara tidak langsung melihat betapa beliau yang sering membuatkan banyak pihak terpaksa berdepan dengan pelbagai kemelut kerana kenyataan-kenyataannya kini sedang dirasainya betapa sukar berada dalamlingkaran kemelut

Ini terbukti apabila beliau mengakui bahawa fikirannya kusut berikutan kemelut yang melibatkan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), malah semacam ada kesedaran dalam dirinya apabila beliau berkata "Biasalah kita serang musuh, musuh serang kita. Kita jangan emosi".

Terbukti bahawa saranan mantan Perdana Menteri Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa masih Perdana Menteri dulu yang teruk diserang dan dikemelutkan gara-gara menantunya, supaya Pas jangan serang peribadi dalam berpolitik, ada benarnya.

Kalau Tun Abdullah dikemelutkan kerana menantu, Dato' Nik Aziz juga kini dikemelutkan oleh gara-gara menantu. Bezanya menantu Tun Abdullah yakni Khairy Jamaludin selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia tidak disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia SPRM) tetapi menantu Dato' Nik Aziz, Ir Abdul Ariffahami Abdul Rahman kini dalam siasatan SPRM.

Siasatan dakwaan penyalahgunaan dana di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) oleh menantu Dato' Nik Aziz tetap diteruskan walaupun Ketua Pegawai Eksekutif perbadanan itu, telah meletakkan jawatan. Itu ketgasan pihak SPRM yang kii telah menyiapkan 60 peratus kertas siasaran dalam kes berkaitan.

Maknanya imej dan reputasi Dato' Nik Aziz yang juga selaku Pengerusi PMBK yang tercalar gara-gara menantunya belum benar-benar pulih selagi hasil siasatan SPRM masih berjalan. Pendukung dan penyokong Paspro Dato' Nik Aziz masih belum boleh tidur lena lagi berkaitan kemelut yang melanda.

Lagi pun Abdul Ariffahmi yang bersedia melepaskan jawatannya ekoran arahan mertuanya setelah rombongan pimpinan Pas Pusat yang diketuai oleh pPresiden parti, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menemuinya, masih belum memutuskan bila akan meletakkan semalam.

Rombongan Pas pusat dikatakan menasihatkan Dato' Nik Aziz agar menjaga nama baik kepimpinan Islam khasnya Pas dan langkah sewajarnya ialah agar Abdul Ariffahmi mengundur diri.

MUNCUL KEMBALI (522)

Koleksi laporan mengenai kelntan hari ini

APA pun yang berlaku di Kelantan sekarang menaik perhatan umum. Sehubungan dengan itu saya posting koleksi laporanengenai Kelantan yang disiarkan oleh media hari untuk renungan bersama, untuk dilihat tentang positif dan negatifnya serta apakah ada unsur-unsur pengagendaan oleh mana-mana pihak berkaitan dengan apa yang berlaku di Kelantan.

Andaianya koleksi laporan-laporan yang dipostingkan ini diteliti dengan fikiran yang tenang, dada yang lapang, tapa prejudis dan profesional, kita dapat meemukan roh di sebalik laporan-laporan berkaitan dan tidak mustahil kita akan dapat jawapan kepada pertanyaan kenapa apa yang melanda Kelantan boleh berlaku.

1. SPRM teruskan siasatan

KOTA BHARU 24 Nov. - Siasatan dakwaan penyalahgunaan dana di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) tetap diteruskan walaupun Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman telah meletakkan jawatan.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kes yang membabitkan menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu akan disiasat sebagaimana lain-lain kes seumpamanya.

"SPRM akan meneruskan siasatan berhubung kes ini walaupun penjawat berkenaan telah meletakkan jawatan.

"Setelah selesai, kertas siasatan akan dihantar ke jabatan undang-undang bersama bahan bukti yang dikumpulkan sebagai rujukan.

"Kemudian barulah Bahagian Pendakwaan memutuskan sama ada untuk melakukan pendakwaan atau tidak," ujar sumber itu.

Difahamkan, SPRM telah menyiapkan kira-kira 60 peratus siasatan berhubung kes itu dan kini masih mengumpul bahan bukti termasuk dokumen yang diambil di pejabat PMBK.

Abdul Ariffahami dilanda kontroversi apabila SPRM mula menjalankan siasatan ke atasnya kira-kira dua minggu lalu.

Hari ini, media melaporkan beliau telah diarahkan oleh Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan setelah rombongan pimpinan Pas Pusat yang diketuai oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menemuinya semalam.

Mereka menasihatkan Nik Abdul Aziz agar menjaga nama baik kepimpinan Islam khasnya Pas dan langkah sewajarnya ialah agar Abdul Ariffahmi mengundur diri.

Abdul Ariffahmi yang bersedia berbuat demikian bagaimanapun masih belum memutuskan bila akan meletakkan jawatan.

Usaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau gagal setelah Abdul Ariffahmi enggan menemui pihak media yang datang ke pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN

2. Fikiran saya kusut - Nik Aziz
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCANdan
ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 24 Nov. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui fikirannya kusut berikutan kemelut yang melibatkan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menurut Menteri Besar itu, keadaan tersebut menyebabkan beliau berdiam diri dan enggan mengulas perkara itu kepada pihak media sebelum ini kerana ingin mencari ketenangan.

Jelasnya, situasi yang sama pernah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW yang tidak berhubung dengan orang ramai lebih sebulan apabila isteri baginda, Siti Aisyah difitnah.

"Kita sebagai manusia ada masa terganggu. Nabi Muhammad SAW lebih dari sebulan tak berjumpa dengan orang ramai bila timbul fitnah terhadap isterinya, Siti Aisyah. Peristiwa Al-Ifki itu begitu sekali mendukacitakan, mengecewakan sampai sebulan Nabi tak berhubung dengan orang ramai.

''Teruk saya ini sebenarnya, tapi begitulah. Kita bergantung dengan Allah, minta doa, sebelum subuh kita bangun, kalau boleh menangis sebagai saksi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Harian Badan Perhubungan Pas Kelantan di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Nik Abdul Aziz, beliau berasa lega sekarang kerana isu itu dianggapnya sudah selesai berikutan arahannya kepada Abdul Ariffahmi supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK semalam.

Beliau menafikan keputusan yang dibuatnya itu kerana tekanan kepimpinan Pas Pusat.
"Ini yang dipanggil berpakat, tegur menegur, itu asas Islam. Saya tekan Pusat, Pusat tekan saya. Masa saya cadangkan EGM (mesyuarat agung luar biasa) baru-baru ini, ada orang setuju, sebab itu saya tekan dia (Pusat).

"(Saya) lega yang ini selesai. Ini satu, yang depan lagi Wallahu A'lam. Biasalah kita serang musuh, musuh serang kita. Kita jangan emosi," ujarnya.

Semalam, rombongan Pas Pusat terdiri daripada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Bendahari, Dr. Hatta Ramli menemui Menteri Besar.

Mereka menasihatkan Nik Abdul Aziz agar mengarahkan Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan demi menjaga nama baik kepimpinan kerajaan negeri.

Ia berikutan pelbagai polemik dalam parti dan rakyat negeri ini yang mempertikai kewajaran menantu Menteri Besar itu dilantik ke jawatan tersebut yang boleh menjejaskan imej Pas dan kepimpinan negeri.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Nik Abdul Aziz untuk menentukan tarikh sebenar peletakan jawatan Abdul Ariffahmi.

Katanya, ia adalah atas budi bicara Menteri Besar sebagai Pengerusi PMBK untuk menentukan perkara tersebut.

Dalam masa yang sama, Mohd. Zaki menolak dakwaan bahawa Pas Kelantan sudah tidak dapat memberi teguran kepada Nik Abdul Aziz sehingga memerlukan campur tangan Pas Pusat.

"Ini proses biasa dalam parti. Kita kena faham parti yang menguasai kerajaan, maknanya apa sahaja yang berlaku dalam negeri yang diperintah oleh Pas, kepimpinan Pusat berhak beri pandangan.

"Sebagaimana Tok Guru kata tadi, Pas Pusat berhak beri pandangan dan ada ketikanya Tok Guru sebagai Mursyidul Am berhak beri pandangan kepada presiden dan jawatankuasa Pas Pusat seperti isu EGM baru-baru ini,'' katanya.

Tambahnya, segala yang diputuskan dalam Pas berlaku secara kolektif dan semua pandangan dari setiap peringkat sama ada Pusat, negeri atau bawahan diambil kira. - UTUSAN.

3. Cermin ketidaktentuan Nik Aziz

PUTRAJAYA 24 Nov. - Peletakan jawatan Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mencerminkan ketidaktentuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam membuat keputusan dan pendirian.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Mursyidul Am Pas itu juga sering bersikap memilih dalam membuat keputusan yang berhubung kait kepentingan peribadinya.

Keadaan itu, kata beliau, menyebabkan bukan sahaja rakyat Kelantan malah ahli-ahli Pas sendiri keliru dengan pendirian yang diambil Menteri Besar Kelantan itu.

''Macam soal tajaan haji ke Mekah, dia kata okey, selepas itu kata tidak akan pergi tetapi pula akan terima kalau ada tajaan pada tahun depan. ''Tak tahu dia pakai hukum apa, hukum dunia Nik Aziz sendiri. ''Inilah bukti kelemahan kepimpinan Pas," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-7 di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat Majlis Perhutanan Negara (MPN) Ke-22.
Beliau mengulas peletakan jawatan menantu Nik Abdul Aziz semalam setelah diarahkan oleh Menteri Besar itu sendiri.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz selepas mengadakan pertemuan dengan rombongan kepimpinan tertinggi parti itu yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Bendahari, Dr. Hatta Ramli di kediaman rasminya, JKR 10 di Kota Bharu semalam.

Masalah dalaman PMBK bermula apabila enam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menyerbu pejabat perbadanan tersebut yang terletak di Jalan Kuala Krai 9 November lalu.

Pada masa sama, Nik Abdul Aziz mengakui menerima tajaan untuk menunaikan haji bernilai RM65,000 yang turut disertai ahli keluarganya termasuk Abdul Ariffahmi.

Beberapa hari selepas itu, masalah dalaman PMBK menjadi bertambah parah apabila menantu Nik Abdul Aziz itu menamatkan kontrak Pengarah Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz minggu lalu.

Syed Azidi yang lebih dikenali dengan laman blognya, 'Kickdefella', pula dilihat antara orang kanan Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. - UTUSAN

4. Isu Nik Aziz, menantu selesai - Hadi

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menganggap isu berhubung kedudukan menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah selesai.

Beliau berkata, campur tangan Pas Pusat untuk menasihatkan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas bertujuan untuk menjaga nama baik parti dan juga kepimpinan parti.

"Menteri Besar dah buat keputusan supaya pegawai berkenaan (Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman) letak jawatan sebagaimana pandangan (yang diberikan) Pas Pusat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di bangunan Parlimen di sini.

Abdul Hadi juga berkata, keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz adalah berdasarkan kehendak keseluruhan anggota parti dan bukannya berdasarkan kehendak individu.

Semalam, arahan untuk Abdul Ariffahmi meletak jawatan dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz selepas satu rombongan Pas Pusat bertemu dengan beliau selama sejam di kediaman rasminya di Kota Baharu, Kelantan. - BERNAMA

5. Ahli Parlimen Pas pertahan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 24 Nov.
- Ahli-ahli Parlimen Pas hari ini 'berlumba-lumba' cuba menzahirkan tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletak jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai satu tindakan berintegriti.

Dengan tidak menyentuh langsung mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas PMBK melainkan ketika ditanya wartawan, beberapa Ahli Parlimen Pas berusaha memperlihatkan apa yang berlaku itu adalah satu pengorbanan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Nik Abdul Aziz dan keluarga telah melakukan pengorbanan yang besar untuk parti dan memastikan perjuangan Pas dapat diteruskan.

"Tok Guru sanggup korbankan keluarga dan menantu sendiri, apa yang ditunjukkan menjadi contoh yang baik.

''Saya anggap apa yang ditunjukkan Menteri Besar Kelantan menjadi contoh dan peringatan kepada pemimpin-pemimpin Pas hari ini dan akan datang bahawa parti serta perjuangan adalah segala-galanya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz meminta Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai CEO PMBK selepas Pas Pusat diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihat Mursyidul Am Pas itu mengarahkan menantu beliau agar berbuat demikian.

Nik Aziz bagaimanapun menafikan arahan berkenaan dibuat ekoran siasatan SPRM terhadap menantunya dan sebaliknya menjelaskan tindakan itu bagi mengekang fitnah.

Bekas pengarah Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga penulis blog Kickdefella yang diarahkan berhenti dari PMBK serta-merta baru-baru ini berharap, peletakan jawatan Abdul Ariffahmi akan mengembalikan hak rakyat.

Salahuddin bagaimanapun ketika ditanya mengenai siasatan SPRM ke atas menantu Nik Abdul Aziz pula berkata, beliau tidak mahu mencampuri urusan pihak berkenaan.

"Apa yang berlaku dan yang sedang dalam siasatan kita serahkan kepada SPRM, saya tidak mahu masuk campur apa yang menjadi tugas SPRM," katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa turut cuba melaungkan sentimen yang sama dalam satu sidang akhbar berasingan dengan mengucapkan tahniah kepada Nik Aziz dan menantu beliau.

"Ahli Parlimen Pas mengalu-alukan apa yang dilakukan itu, ia adalah contoh kepada orang ramai," katanya.

Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd. Nasir Zakaria berkata, Nik Abdul Aziz telah mengambil satu langkah yang cukup proaktif dalam isu melibatkan menantunya itu. - UTUSAN

6. Namakan pengganti elak kekalutan

KOTA BHARU 24 Nov. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disaran agar menamakan penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan itu kelak.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar) berpendapat, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti.

''Dengan cara ini, bakal pengganti yang dinamakan boleh dipersiapkan dari segi kepimpinan melalui bimbingan dan nasihat bagi mengukuhkan keyakinan ahli serta rakyat keseluruhannya.

''Pandangan peribadi saya ini tidak harus dilihat sebagai saya mempunyai pertimbangan lain," ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada Utusan Malaysia di sini hari ini berhubung beberapa isu yang tercetus kebelakangan ini yang menimbulkan polemik di kalangan ahli dan masyarakat.

Ini termasuk desas-desus mengenai wujudnya pergeseran di kalangan Exco dan kemelut dalam pentadbiran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang seolah-olah tidak begitu terarah kepada kepentingan rakyat.

Mohd. Amar berkata, berdasarkan pengalaman Pas, sesiapa sahaja yang diberi kepercayaan sebagai pemimpin akan diterima secara terbuka oleh ahli dan penyokong parti.

Beliau menegaskan, cadangan itu tidak harus disalahertikan sebagai satu gesaan.
''Cuma, saya tak ingin melihat beliau berhenti tanpa diketahui penggantinya lebih awal kerana proses itu tidak harus berlaku secara tiba-tiba.

''Bukan meminta beliau berundur, lebih baik menamakan pengganti dengan mengemukakan cadangan kepada pucuk pimpinan parti kerana itu pendekatan terbaik," ujarnya.

Mohd. Amar percaya dalam pemikiran Nik Abdul Aziz yang sudah hampir 20 tahun tahun menerajui negeri, sudah ada calon penggantinya tetapi keberatan untuk menamakannya kerana tidak mahu menjejaskan perasaan mana-mana pihak.

Beliau percaya sesiapa pun yang dinamakan oleh Nik Abdul Aziz dan kelak menerajui Pas atau kerajaan negeri, sokongan rakyat terhadap parti itu tidak akan terhakis.

"Beliau telah meletakkan Pas di landasan yang kukuh. Rakyat akan terus beri sokongan. Cuma mungkin kalau beliau berhenti sebelum masanya, rasa tidak puas hati atau reaksi berbeza mungkin wujud," katanya. - UTUSAN

7. Nik Aziz lega isu menantu ‘selesai’

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam melahirkan rasa leganya selepas kemelut yang melanda Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berjaya diselesaikannya.

Namun begitu, beliau akan lebih berhati-hati pada masa depan dengan pelbagai kemungkinan ‘ musuh’ akan sentiasa menyerang. “Selesai satu (lega), yang di depan, hanya Allah yang tahu.

Bergilirla, kita serang musuh, musuh serang kita, tapi kita jangan emosi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Pas negeri, di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, semalam.

KITA PERLU ADIL DAN TULUSKAN HATI DALAM MEMBUAT PENILAIAN!

MUNCUL KEMBALI (521)

Wajarkah media dipersalahkan?

SERINGKALI bila belaku sesuatu isu, maka medialah yang dipersalahkan dengan dituduh salah lapor, salah kefahaman tentang apa yang dimaksudkan dan yang paling mencabar istergeriti, hemah, imej, prestasi, reputasi dan profesionalisme seseorang pemberita/waratawan dan akan yang diwakili apabila dituduh sengaja mengagendakan sesuatu, termasuk untukrosakan parti atau ketokohan orang tertentu.

Nampaknya dalam kes khabar angin (kononnya) Husam akan letak jawatan exco dan semua jawatan parti ekoran krisis yang berlaku dalam Perbadanan Menteri Besar (PMBK) yang menyaksikan orang tantangannya yang ditatang umpama menatang minyak yang penuh dan merupakan ayam tambatannya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella yang dikatakan bergaji RM6,000 di PMBK dipecat oleh CEO PMBK.

Persoalannya wajarkah media dipesalahkan? Apakah "Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba mengagendakan kami?," sebagaiama kata Husam itu betul atau lebih bersifat persepsi. Saya perhatikan wartawan Utusan yang melaporkan tentang kemlut yang berlaku di Kelantan adalah AZRAN FITRI RAHIM yang turut menyediaan alamat emailnya azran.rahim@utusan.com.my.

Ertinya beliau bertanggungjawab terhadap apa yang dilaporkan. Beliau tidak bersembunyi melalui laporan tanpa by-line atau bersembunyi di sebalik WARTAWAN KITA. Kalau beliau ada agenda, masakan beliau berani menyirkan namanya dan berai hadir pada sidang-sindang akhbar tentang kemelut yang diadakan oleh pihak yang menuduh Utusan ada agenda.

Bukankankah bila laporan dibuat berserta by-line boleh membahayakan wartawan yang boleh terdedah kepada sumpah seranah kalau pun tidak sampai kena 'penampar tawar' penyokong Pas atau penyokong Dato' Nik Aziz atau peniokong Husam yang fanatik.

Utusan pasti tidak akan memperjudikan kepala wartawannya untuk dikapak-binjai manis dengan pukulan 6-9 atau bahagian belakang kepala menjadi sasaran pukulan tongkat batang anak langsat atau tulang dahi diretakkan oleh hentakkan buku lima yang diperbuat daripada tembaga kalau akhbar berkenaan berniat jahat dalam laporannya.

Saya melihat wartawan berkenaan menggunakan SUMBER sebagai sumber berita. Maknanya laporan yang ditulis apabila diberitahu oleh SUMBER tadi, bukan hasil persepsi dan tanggapan wartawan itu sendiri. Setiap orang yang terlibat dalam bidang kewartawan terikat dengan etika.

Pengamal media pasti tahu orang macam mana yang boleh jadi SUMBER mahu pun JURUCAKAP. Saya yakin AZRAN FITRI RAHIM ada nama SUMBER berkenaan. Kalau mengenai pejabat MB, maka SUMBER itu mestilah h orang dalam pejabat MB yang ada jawatan. Seorang kerana atau ketua kerani (CC ) ikut etika kewartawanan tidak boleh jadi SUMBER.

Kalau dalam Pas. SUMBERnya kena anggota badan perhubungan. Setiausaha kerja pun tidak boleh dijadikan SUMBER. Lazimnya sebelum diberi tugas-tugas sensitif, seseorang pemberita/wartawan itu akan dipastikan yang berpengalaman dan kanan.

Bila timbul sesuatu isu. maka pihak media yang melaporkannya dituduh ada agenda adalah suatu tuduhan yang tidak jujur, bertujuan untuk melepaskan diri tau kerana jahil dengan amalan kemediaan yang tertakluk kepada etika. Laporan yang boleh dianggap ada agenda atau berniat jahat adalah laporan tanpa JURUCAKAP dan SUMBER tetapi hal jarang berlaku dalam akhbar arus perdana dan ianya hanya menjadi amalan akhbar-akhbar nyamuk.

Kalau dilihat sesuatu laporan yang ada JURUCAKAP dan SUMBER ada agenda, maka yang ada agendanya adalah JURUCAKAP atau SUMBER itu, bukan pemberita/wartawan atau media yang melaporkannya. Ertinya JURUCAKAP dan SUMBER itulah yang kena dicari dan dikenakan tindakan.

Menjadi kewajipan pemberita/wartawan yang menulis berita kena tulis nama JURUCAKAP dan SUMBER serta jawatannya untuk simpanan dan maklumat pengarang tetapi bukan untuk siaran.

Dengan kata lain, nama JURUCAKAP dan SUMBER ada dalam simpanan pihak media yang menyiarkannya dan nama mereka akan didedahkan bila diminta oleh mahkamah. Selain dari mahkamah, tidak ada mana-mana pihak yang boleh memaksa atau mendapatkan maklumat tentang JURUCAKAP dan SUMBER. Jika pemberita/wartawan mendedahkan nama SUMBER atau JURUCAKAP, bermakna ianya melanggar etika dan boleh dikenakan tindakan.

Dalam kes kemelut Kelantan,temasuk isu Ariffahmi diarah letak jawatan atau desas desus Husam akan letak jawatan, ikut peraturan dan etika kewartawanan, malah dari segi lojiknya pihak pemberita/wratawan dan akhbar yang atau stesen tv dan radio yang diwakili tdak wajar persalahkan.

JURUCAKAP atau SUMBER yang memberikan maklumatlah yang patut dipesalahkan, malah yang patut dikenakan tindakan. Hakikatnya yang jahat bukan pemberita/wartawan dan akhbar yang diwakili tetapi yang jahatnya adalah JURUCAKAP dan SUMBER, pemberita/wartawan dan akhbar/radio/tv hanya jadi alat dan diperalatkan.

Bermusuh dengan media bermakna orang politik menempah jalan mati dalam kerjaya politiknya. Tengok bagaimana Dato' Nik Abdul Aziz yang begitu besar pengaruhnya boleh tercalar reputasi dan ketokohannya oleh mainan blogger melalui blog masing-masing, malah akhirnya seorang Arffahami, seorang CEO dan menantu kepada Menteri Besar terpaksa menerima arahan berundur dari jawatan.

Tanpa mainan media, tidak mungkin imej dan reputasi Ariffahami tercalar, tanpa media tidak mungkin kes penajaan Dato' Nik Azizs sekeluarga ke Mekah boleh terdedah dan siapa penaja dan apa kaitan da kepentigannya dengan kerajaan negeri juga tidak mungkin akan diketahui umum.

Walaupun pendedahan itu nampak ada kejahatannya tetapi tetap ada hikmahnya. Macam mana kalau setelah dato' Nik Aziz sekeluarga sudah ke Mekah baru ianya dipergege dan diperisukan, pasti ianya akan lebih memberi padah dari faedah.

Bagaimana kalau media tidak mainkan isu PMBK, barangkali lebih banyak apa yang tidak patut berlaku di perbadanan itu akan berlaku. Demikian juga dengan Pas, kalau tidak dimainkan oleh media, barangkali parti itu tidak akan mengorak langkah membina strategi yang lebih sesuai dengan kepeluan semasa.

Sebagai penutup posting ini, mari sama-sama kita renungi laporan berikut;
Husam Mahu Terus Berkhidmat Untuk PAS Dan Kelantan

KOTA BAHARU, 23 Nov (Bernama) -- Timbalan Pesuruhjaya Dua PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan malah akan meneruskan perjuangannya terhadap parti dan negeri.

Beliau menafikan laporan akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia bahawa beliau akan meletakkan jawatannya dalam parti dan sebagai Exco kanan kerajaan negeri Kelantan.

Katanya beliau menyifatkan laporan media itu telah disalaherti kerana beliau sedang menjalani rawatan sakit pinggangnya di sebuah hospital di sini serta terpaksa mengambil cuti dan tidak hadir pada programnya.

"Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti.

"Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu? Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?," katanya menerusi laman blognya di cetusan-hati.blogspot.com.

Husam berkata laporan Utusan Malaysia tidak akan melemahkan beliau kerana sebelum ini telah banyak serangan telah dibuat terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.

"Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan."Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba mengagendakan kami?," katanya.

Mingguan Malaysia pada Ahad melaporkan Husam dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.Namun hasrat itu tidak dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz. - BERNAMA

Monday, November 23, 2009

MUNCUL KEMBALI (520) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Bila blogger terguris hati

SEBELUM berlaku gelombang besar dalam Kerajaan Pas Kelantan yang bermula dan berpunca dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan, (PMBK), para blogger dan blog masing-masing tidak pernah dipandang negatif.

Malah blog telah dilabel sebagai saluran maklumat yang diungguli Pas/pembangkang manakala Umno/BN agak jauh ketinggalan dalam menguasai blog dan blogger. Blog dan blogger telah memberi pukulan hampir maut kepada Umno/BN sebelum wujudnya blog dan blogger yang mempertahankan Umno/BN yang semakin hari jumlah blog dan blogger pro Umno/BN semakin seimbang dengan yang pro Pas/pembangkang.

Kegagalan Umno/BN mengekalkan majoriti 2/3 sebagai kerajaan dan Umno/BN kehilangan Pulau Pinag, Kedah, Selangor, Perak (sebelum kembali kepada Umno/BN) semula dan kejayaan Kerajaan Pas Kelantan mengukuhkan majoriti kemenangan pada pilihanraya umum ke-12 dari majoriti nyawa-nyawa ikan pada pilihanraya umum ke-11 adalah rata-rata kerana peranan blog dan blogger berpihak kepada pembangkang.

Dengan kata lain, blog dan blogger selama ini dilihat banyak membantu pembangkang termasuk Pas dalam menarik sokongan dan simpati, sekali gus peranan blog dan blogger telah menyebabkan ramai pengundi menolak Umno/BN.

Akhbar-akhbar arus perdana serta saluran radio dan tv pun gagal mengimbangi kehebatan blog dan blogger yang dilabelkan sebagai saluran maklumat bentuk baru yang lebih cepat dan berkesan dalam penyaluran maklumat.

Tetapi ekoran dari gara-gara mainan blog dan blogger, maka berlaku ribut taufan dan tsunami dalam Pas, terutama dalam Pas dan Kerajaan Pas Kelantan, tambah-tambah apabila kedudukan Dato' Nik Aziz agak tergugat dengan beberapa pendedahan di samping berlaku banyak percanggahan kenyataan laporan dalam blog milik blogger tentang tokoh-tokoh tertentu dalam Pas dan Kerajaan Pas Kelantan, nampaknya peranan blog dan blogger mula dipertikaikan sebagaimana laporan akhbar arus perdana sering dipertikaikan selama ini.

Menantu Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am, Ariffahmi Abdul Rahman yang akur dengan arahan mertuanya supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bertegas apa yang berlaku ke atas dirinya angkara fitnah, terutama oleh penulis blog apabila Dato' Nik Aziz selau mertuanya mengarahkan beliau sebagai menanantu melepaskan jawatan di PMKB selepas mertuanya itu menerima kunjungan Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am Pas, ,Dato' Dr Haron Din, Naib Presiden Pas, Sallahudden Ayob dan Bendahari Pas Pusat, Dr Hatta Ramli.

Dato' Nik Abdul Aziz sendiri menganggap menantunya adalah mangsa fitnah kerana selain dari beliau menerima banyak surat layang tentang menantunya itu, kononnya menantunya turut difitnah melalui blog.

Ertinya dalam kes Ariffahmi, Dato' Nik Aziz yang juga turut memiliki blog sendiri kurang berpuashati dengan blog dan blogger yang telah menggugat kedudukan menantunya, malah turut meperisukan tajaan untuk beliau sekeluarga menunaikan haji, menyebabkan pemergian ke Mekah tahun ini dibatalkan supaya reputasinya tidak mejadi lebih tercalar.

Sukar untuk diramalkan setelah akhbar dan media elekronik arus perdana dianggap sering berniat tidak jujur kepada Pas dan Kerajaan Pas Kelantan, kini blog dan blogger pula dilihat sebagai menimbulkan fitnah, saluran maklumat apa lagi yang akan dianggap suci oleh Pas,terutama oleh Kerajaan Pas Kelantan dan oleh Dato' Nik Aziz serta orang di sekelilingnya selepas ini. Yang pasti, blog dan blogger yang telah berperanan menaikan imej Pas, imej Keraaan Pas Kelantan dan ketokohan Dato' Nik Aziz selama ini, kini telah diperspsi berperanan sebaliknya.

Apakah Pas dan Kerajaan Pas Kelantan mampu mempertahankan kemenangan yang dimiliki sekarang pada pilihanraya umum ke-13 nanti tanpa peranan dimainkan oleh blog dan blogger yang pasti akan berbelah bahagi dalam berperanan membantu Pas, membantu Kerajaan Pas dan dan membantu Dato' Nik Aziz secara peribadi setelah para blogger dan blog diperspsikan dengan tanggapan yang barngkali tidak pernah disangka oleh para blogger pro pembangkang.

Untuk dapatkan jawapan pasti, sama-samalah kita tunggu dan dilihat apa keputusan pilihanraya umum ke-13 nanti yang edahnya semakin hampir. Saya yakin dengan menganggap blog dan blogger menfitnah, mahu tidak mahu akan ada blogger yang terguris. Para blogger akan memberi warna dan nada bersandarkan apa yang terkandung dalam hatinya untuk posting-posting dalam blog yang dikendalikan.

MUNCUL KEMBALI (519) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Saya akan kembali jadi lelaki

SEMASA ke pantai merenung ombak musim tengkujuh menerjah pantai Seri Tujuh dan kemudian Pantai Pulau Tengkorak yang memisahkan Kelantan (Pengkalan Kubur) dengan Selatan Thai (Takbai) petang semalam, saya membuat keputusan untuk tinggalkan dunia kemediaan yang telah masuk 36 tahun saya berada di dalamnya.

Sepanjang tempoh itu saya menyaksikan ada pimpinan yang menangis kerana jatuh dari kepimpinan dan juga yang ketawa kerana menerima nasib baik dalam perjuangan. Sebagai pengamal media juga, saya pernah mengambil bahagian dalam menaik dan menjatuhkan pemimpin tertentu melalui mata pena.

Pernah suatu ketika ada pemimpin (kini sudah berstatus veteren) kerana marahnya pada saya berkata kalau tidak fikirkan undang-undang yang boleh membawanya ke tali gantung, dia akan gelek saya dengan kereta sampai mampus. Itulah risiko yang dihadapi sebagai pengamal media dan penulis walaupun sekadar wartawan/penulis bertaraf ikan bilis macam saya.

Ada wakil rakyat yang labelkan saya 'budak sakit otak' dan 'saiko'. Saya masih ada empat saman yang entah bila akan dibawa ke mahkamah yakni saman oleh Kelantan Water Sdn Bhd, Pas Pasir Puteh dan Dato' Ibrahim Ali (saman-saman itu atas sifat saya sebagai Ketua Biro Harian Watan) dan kemungkinan saman Husam Musa kerana blog.

Kalau saya dihadapkan ke mahkamah lagi dan didapati bersalah dan dikenakan sejumlah denda, apakah saya mampu bayar?. Nak dapatkan RM1,500 pun bukan main payah (saya nyaris-nyaris digari dan dijelkan selama tiga bulan walaupun ketika aktif berniaga, sebelum pihak KDN bertindak menyebabkan terbantutnya perniagaan saya, sekadar menderma RM5,000 adalah seperkara yang biasa), apatah lagi kalau jumlah dendanya lebih besar.

Kalau saya kena bayar denda lagi pasti saya tidak takan mampu bayar kerana saya tidak kaya dan saya memilih dunia kemediaan sebagai aktiviti hidup harian bukan untuk kaya. Saya jadi penerbit pun bukan untuk kaya tetapi untuk memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak bangsa, terutama di kalangan sisawazh menganggur di samping untuk menjadi saluran ilmu dan maklumat.

Kerana itu petang semalam saya merancang akan mengucapkan sayonara kepada dunia kemediaan, termasuk blog, malah saya merancang akan ikut jejak Ustaz Abdul Razak Mahmud, bekas Pengarang Majalah Pengasuh, tidak akan membaca akhbar atau melayari internet. Semua permit-permit milik saya akan saya pindah-milikkan kepada sesiapa yang berminat. Saya bersedia untuk hidup sendiri tanpa isteri dan anak-anak di sisi bagi menghabiskan sisa usia yang masih berbaki.

Kalau berdasarkan ayah saya yang pergi menyahut panggilan Illahi pada usia 67 tahun, maknanya jangka hayat saya hanya tinggal 14 tahun sahaja lagi, satu jangka masa yang tidak panjang mana pun. Belum tentu jangka hayat saya akan mencapai jangka hayat arwah ayah kerana ramai rakan-rakan sebaya, malah yang lebih muda dari saya, telah mati.

Dengan bermodalkan wang-wang pemindakan hakmilik permit Mingguan Wasilah, Mingguan Konsep, Majalah Wasilatul-Ummah, Geletek, Aneka Peristiwa dan permit mingguan berbahasa Inggeris yakni The Cressent dan The Approch, saya dan seorang rakan berbangsa Cina berasal dari Kuantan, bekas pekerja ceti yang saya sedang usahakan supaya memeluk Islam, saya bercadang menceburi bidang perniagaan lembu hidup yang diimport dari Bangkok Thailand dan juga Kemboja serta ternakan ayam kampung untuk daging dan telurnya. Tapaknya di Lubok Jong, di sebidang tanah peninggalan arwah ayah.

Kerana ramai Cina ceti yang jadi kawan saya, ada yang sebar fitnah kata saya pinjam ceti. Yang buat fitnah itu rakan-rakan terdekat juga. Kononnya kerana itulah perniagaan saya ditutup. Saya tak kisak kerana merea tidak tahu keadaan sebenar, segaa=gala hanya berpaksikan persepsi.

Hakikatnya ceti-ceti yang datang ke pejabat saya tertarik untuk lebih tahu tentang Islam bila saya tolak tawaran mereka supaya membuat pinjaman yang kononnya mudah dengan alasan orang muslim tidak boleh pinjam ceti. Walaupun ceti sentiasa bermain dengan wang tetapi tidak semestinya mereka yang bekerja dengan ceti ada wang dan hidup mewah.

Ada di antara mereka sering pinjam dengan saya untuk jelaskan ansuran kereta dan membeli keperluan dapur bagi yang sudah berkeluarga, lazimnya mereka akan pinjam menjelang musim perayaan. Seronoknya bagi pinjam dengan mereka kerana mereka menepati janji. Kalau janji sebulan bayar baliknya, maka sebulanlah akan dibayar, tidak akan ditangguh walaupun sehari.

Mereka pelik bila mereka meminjam dari saya dan mereka nak berikan keuntungan pada kadar-kadar tertentu, saya menolaknya. Mereka tanya apa untung yang saya dapat, saya kata saya akan dapat pahala. Menolong sesama manusia, malah binatang sekali pun akan diberi pahala. Saya mahukan keuntungan dalam bentuk pahala. Kerana itu mereka mahu tahu lebih banyak tentang Islam dari saya.

Sebelum jadi ceti mereka yang rata-rata bekas banduan terlibat dalam pelbagai kerja mungkar, ada anggota kongsi gelap, bekas penyamun, bekas perompak, bekas pengawal di pusat-pusat hiburan dan pelacuran.

Mereka memilih jadi ceti kerana tidak mahu terlibat dengan kerja asal mereka lagi dan mereka mahu jadi manusia lebih baik. Kerana itulah bila bercakap tentang Islam mereka mudah tertarik. Alhamdulillah, setakat ini dua pekerja ceti sudah masuk Islam setelah saya beri penerangan tentang Islam.

Ada ceti yang saya jadikan rakan kongsi menjalankan peniagaan membeli dan menjual besi buruk serta membeli dan berniagaan buah-buahan. Ekoran dari itu bila ada pekerja ceti yang memilih berhenti jadi ceti, mereka akan cari saya dan minta idea untuk memulakan penghidupan baru.

Saya pun hairan apabila pekerja mereka berhenti dan datang jumpa saya, taukeh-taukeh mereka tidak akan ganggu walaupun berhenti ceti dianggap suatu pembelotan dan hukumannya boeh dicederakan, termasuk dihkum potong jari dan sebagainya.

Entah apa yang mereka goreng pada taiko-taiko mereka tentang saya,tidak dapat saya pastikan. Ada ceti yang sukar untuk dapatkan bayaran balik dari peminjam ajak saya tolong temankan mereka jumpa peminjam dan nampaknya mudah pula dibayar walaupun masa jumpa tu saya tak cakap apa-apa pun selain dari hanya tersengih melihat mereka berbincang dalam bahasa yang saya tidak faham pun.

Hasil perbincangan dengan pekerja ceti yang baru berhenti dari kerja ceti (beliaulah yang bersama ke pantai semalam), saya memutuskan untuk memulakan perniagaan import lembuh hidup. Asalnya pekerja ceti berkenaan berminat untuk turut jadi penerbitakhbar mingguan berbahasa Cina.

Kebetulan rakan sekampung saya ada AP import lembu tetapi kuota APnya tidak cukup bagi menampung permintaan bekalan. Saya akan minta AP. Kebetuan Cina ceti rakan saya itu boleh berbahasa Thai. Jadi mudah untuk urusan dengan Bangkok dan Kemboja.

Kami akan daftarkan syarikat atas nama KKT Resources pada hari ini untuk maksud itu dan seterusnya saya akan memohon AP. Mungkin ketika ini kawan saya itu sudah berada di pejabat pendaftaran perniagaan kerana segala dokumen untuk pendaftaran syarikat saya sudah berikan kepadanya untuk urusan lanjut.

Itulah keputusan saya semalam. Dan saya sudah nekad untuk tinggalkan dunia kemediaan berdasarkan kepada keadaan yang mencemaskan saya di mahkamah semalam atas nama pengamal media. Tetapi dalam tidur semalam saya didatangi mimpi..........

Saya kelemasan di lautan yang bergelora. Saya berenang melawan arus, ketika saya hampir lemas, datang sebuah bot berbentuk pena, botnya pula ada layar. Saya terkejut bila layarnya diperbuat dari akhbar Utusan/Mingguan Malaysia, Utusan Melayu/Utusan Zaman, Bintang Timur, Berita Harian/Berita Mingguan, Harian Nasional/Mingguan Perdana, Mingguan Bumi, Mingguan Tanahair, Nusantara, Harian/Mingguan Watan, Mingguan Wasilah, Mingguan Konsep, Hakarah dan pelbagai jenis jenama akhbar dan majalah lagi.

Yang memeranjatkan saya, yang mengemudi bot itu adalah Dato' Haji Muhammad Nasir (arwah). Bot itu bernombor TNF 4825 (jangan pula ada yang tikam nombor). Beliau yang saya panggil 'Ayah Mat' adalah guru terawal saya dalam bidang penulisan dan politik. Selepas saya selamat naik atas bot, jurumudi arahkan saya selamatkan ramai lagi orang yang lemas dan sedang melawan gelombang laut.

Yang sedang berenang melawan gelombang itu ada Dato' Nik Aziz, ada Ustaz Nasaruddin Mat Isa, ada Dato' Najib, ada Tengku Adenan Tengku Mansor, ada Nik Amar Nik Abdullah, malah ada ramai lagi termasuk yang saya tidak kenal. Para artis seperti Dato' Siti Nurhaliza, Mawi, Awie, Salim dan Sharifah Aini pun ada.

Bila saya kata kalau ramai sangat yang dimuat dalam bot tentu bot akan sarat dengan muatan dan akan tenggelam, Dato' Muhammad Nasir minta saya telefon pejabat-pejabat akhbar, stesen radio dan tv meminta bantuan. Belum sempat panggilan saya dijawab saya tersedar dari mimpi oleh gema azan Subuh dari Masjid Lorong Tok Mufti dekat rumah saya.

Mimpi itu membuatkan saya terfikir kenapa mimpi seumpama itu saya alami. Kenapa yang menjadi jurumudi bot dalam mimpi adalah Dato' Haji Muhammad Nasir, kenapa layar bot diperbuat daripada kertas akhbar dan yang sedang lemas dilanda gelombang adalah tokoh-tokoh yang ternama?

Tafsiran awal yang saya buat barangkali sebagai guru terawal saya dalam bidang penulisan dan politik, arwah Dato' Muhmmad Nasir barangkali kalau beliau masih hidup, beliau tidak akan setuju dengan keuputusan saya untuk meninggalkan dunia kemediaan kerana masih banyak yang perlu saya tulis gamaknya.

Walaupun mimpi hanyalah permainan tidur tetapi saya yakin ada tujuanya kenapa saya dimpikan sedemikian. Jadi pagi ini saya membatalkan hasrat untuk bersara dari dunia kemediaan, sebaliknya saya akan dapatkan pejabat baru dan akan memulakan operasi penebitan akhbar mingguan dan majalah saya semula di samping projek yang dirancang bersama Cina bekas pekerja ceti akan diteruskan. Saya juga akan terus berblog.

Malah saya bersedia untuk terus didakwa dan didenda dalam meneruskan kerja-kerja penerbitan dan aktiviti kemediaan. Kalau pun kerananya saya akan dipenjarakan hingga akhir hayat pun, saya bersedia. Yang pasti saya akan memohon lebih banyak permit dan akan lebih tegas dalam menuntut tunggakan hutang. Kepakaran rakan-rakan berbangsa Cina bekas pekerja ceti mungkin saya gunakan untuk hadapi mereka yang liat bayar hutang.

Saya akan kembali menjadi lelaki yang akan tetap ketawa dalam tangis, yang tetap akan bangun walaupun berjuta kali akan rebah!